Sekolah Rendah Islam Integrasi At-tTaqwa (sri integrasi
at-taqwa) merupakan sebuah institusi pendidikan swasta yang ditubuhkan oleh
penduduk kampung.
SRI Integrasi At-Taqwa atau dikenali sebagai Madrasah At-Taqwa Bukit Changgang
ditubuhkan pada awal tahun 1989 yang beralamat di: Lot 1946, Jalan Intan Kanan, Kg. Bukit Changgang 42700 Banting Kuala Langat, Selangor.
Sekolah ini telah berdaftar di bawah jabatan agama islam selangor (JAIS) dengan
nombor pendaftaran 011/2 dengan status sebuah sekolah rendah agama pada 9 Ogos
1993.
Sekolah ini menggunakan sepenuhnya kurikulum bahagian pendidikan JAIS dan
kurikulum baru sekolah rendah kementerian pendidikan.