Tuesday 20 October 2015

Program Kem Pelajar


Alhamdulillah syukur pada allah kerana telah memeberi kesempatan & kudrat kepada kami utk menjalankan program ini. jika bukan kerana nya, amatlah mustahil untuk kami melaksanakannya. Segalanya kerana izin Allah yang maha kuasa dan maha perancang segala perancangan.



Selama dua hari & satu malam kami, (guru2 & pelajar) berkampung di sekolah untuk merealisasikan program kem pelajar ini yang telah dirancang sejak dari awal tahun lagi.

Tarikh  : 2 - 3 november 2012
Hari   : Jumaat - Sabtu
Tempoh  : 2 hari 1 malam
Tempat  : kawasan perkebunan srii at-taqwa
Peserta  : Pelajar tahun 4,5 & 6
Jumlah peserta  : 96 orang

Objektif  :
1) Memupuk sifat berani dalam diri pelajar.
2) Melahirkan pelajar yg boleh berdikari & berdisiplin.
3) Menanamkan sifat tolong menolong di antara pelajar.

Persediaan dan perancangan telah dibuat sejak daripada sebulan sebelum kem ini dgn menjalankan mesyuarat oleh wakil guru firqah(kelab). namun, semua itu adalah perancangan manusia sahaja. allah adalah sebaik-baik perancang, dan sebaik-baik pembuat keputusan.



Program kem ini tidak berjalan seperti yg dirancang, kerana hujan telah turun setiap hari pada minggu persediaan kem hingga hari kem berlangsung. hujan tersebut telah menukar hampir sebahagian tentatif program. selain itu, disebabkan hujan juga telah menukar nama program kami, daripada "kem pelajar 2012" kepada "kem pelajar tanah lembap 2012". segala yg berlaku ada hikmah disebaliknya.