Ahlan Wasahlan ke laman rasmi SRII AT-TAQWA

Ini adalah contoh banner 2

Ini adalah contoh banner 3

Ini adalah contah banner 4

Ini adalah conoth banner 5

Wednesday 21 October 2015

Ahlan Wasahlan!

Ahlan Wasahlan dan selamat datang ke laman rasmi Sekolah Rendah Islam Integrasi At-Taqwa. Laman ini dibina bagi memberi maklumat dan informasi terkini mengenai aktiviti-aktiviti di Sekolah Rendah Islam Integrasi At-Taqwa. 

Pelbagai maklumat juga boleh diakses melalui laman rasmi ini seperti jadual kelas, kod pakaian sekolah, kalendar tahunan sekolah dan juga akses kepada laman sosial Sekolah Rendah Islam Integrasi At-Taqwa.

Semoga maklumat dan info yang dikongsikan di sini akan memberi faedah kepada para pelajar, ibu bapa dan juga masayarakat sekeliling, Insya Allah.




Tuesday 20 October 2015

Program Kem Pelajar


Alhamdulillah syukur pada allah kerana telah memeberi kesempatan & kudrat kepada kami utk menjalankan program ini. jika bukan kerana nya, amatlah mustahil untuk kami melaksanakannya. Segalanya kerana izin Allah yang maha kuasa dan maha perancang segala perancangan.



Selama dua hari & satu malam kami, (guru2 & pelajar) berkampung di sekolah untuk merealisasikan program kem pelajar ini yang telah dirancang sejak dari awal tahun lagi.

Tarikh  : 2 - 3 november 2012
Hari   : Jumaat - Sabtu
Tempoh  : 2 hari 1 malam
Tempat  : kawasan perkebunan srii at-taqwa
Peserta  : Pelajar tahun 4,5 & 6
Jumlah peserta  : 96 orang

Objektif  :
1) Memupuk sifat berani dalam diri pelajar.
2) Melahirkan pelajar yg boleh berdikari & berdisiplin.
3) Menanamkan sifat tolong menolong di antara pelajar.

Persediaan dan perancangan telah dibuat sejak daripada sebulan sebelum kem ini dgn menjalankan mesyuarat oleh wakil guru firqah(kelab). namun, semua itu adalah perancangan manusia sahaja. allah adalah sebaik-baik perancang, dan sebaik-baik pembuat keputusan.



Program kem ini tidak berjalan seperti yg dirancang, kerana hujan telah turun setiap hari pada minggu persediaan kem hingga hari kem berlangsung. hujan tersebut telah menukar hampir sebahagian tentatif program. selain itu, disebabkan hujan juga telah menukar nama program kami, daripada "kem pelajar 2012" kepada "kem pelajar tanah lembap 2012". segala yg berlaku ada hikmah disebaliknya.

Lawatan Tahun 6 bersama Pengawas & Pustakawan ke Lumut, Pangkor & Teluk Batik


Alhamdulillah....syukur kepada Allah kerana dgn limpah kurniaNya telah memberi keizinan kepada warga SRI Integrasi At-Taqwa yg terdiri drpd guru2,tahun 6, pengawas dan pustakawan pergi melawat negeri Perak (lumut, teluk batik,pangkor) pada 19-20 november 2012 yg lps.

Lawatan ini disertai seramai 88 orang peserta dan diketuai oleh GB dan Pengarah Program us. Ajud. Sebelum langkah dimulakan, lawatan in dimulakan dengan bacaan doa selamat. Kemudian para peserta menaiki 2 buah bas yg telah disewa khas drpd syarikah Westlink Travel Sdn.Bhd. Tepat jam 12.30tngh mlm bas kami bergerak meluncur jalanraya dlm kegelapan malam, disaat org lain sedang nyenyak tidur.



Persinggahan pertama kami ialah di R&R Rawang pada pukul 2 pagi. Di situ kami berhenti rehat selama lbh kurang 45minit. Kami meneruskn prjlnn sehingga jam 5.30pagi kami singgah di masjid Al-Hidayah pekan Manjung Perak utk mandi dan solat subuh. Pukul 7.15 pg kami meneruskn perjlnn ke Lumut utk bersarapan. Alhamdulillah urusan mencari kedai yg sesuai dipermudahkn. Kami bersarapan di sebuah medan selera bersebelahan dengan stesen bas Lumut. Menu kami nasi lemak telur goreng + teh o pns....jadi la, bajet pun cume rm2.50 seorg. Kami juga telah menempah makanan tenghari di sini.

Destinasi pertama kami ialah Muzium Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM)....kami telah smpai di hadapan pintu masuk pada jam 8.45pg. Oleh kerana belum bukak, kami dikehendaki menunggu. Kebetulan pulak ade lawatan drpd beberapa skolah lain, jd kene ikut turn la..makin lmbt la jadinye...nk dipendekkn citer, ni la tmpt2 yg kami lwt kt situ:

          1) balai bomba 
          2) galeri panglima tentera laut
          3) markas udara TLDM(ingat ade black hawk/apache, rupenye xde)

Terima Kasih diucapkan kepada anggota Bomba dan Pegawai TLDM yg bertugas menyambut kehadiran serta memberi taklimat dan penerangan kepada kami.



Setelah melawat muzium, kami meneruskn perjalanan kami ke destinasi seterusnya iaitu Pulau Pangkor. Untuk ke sane kami perlu membeli tiket feri terlebih dahulu. Urusan pembelian tiket dilakukan oleh pengarah program. Hampir 15minit kami beratur menuggu ketibaan feri. Agak mendukacitakan kami dpt feri yg agak buruk, tp....kenelah bersyukur...alhamdulillah. 

Tidak sampai 30 minit, kami telah smpai di pulau pangkor. pelajar dibahagikan mengikut mak n ayah agkat masing2. Ada yg memilih utk solat dulu, ade juga yg shopping dulu. Senang citer ikut keinginan mak n ayh agkt plajar la. Kami diberi masa 2jam utk shopping di sini. Saya dan ank2 agkt saya telah pergi ronda2 terlebih dahulu smbil mncari mknn utk mnjadi alas perut smntara menunggu juadah mkn tengahari di jeti lumut nnti. Kami telah membeli rojak ala2 rojak pasembor di sebuah gerai berhadapan dengan perhentian kereta n van sewa(kaler pink). Harga rojak tu berpatutan...rasanye pulak....ermmm....kurenggg. 

Kelihatan begitu banyak barang2 yg dibeli oleh peserta lawatan, sehingga tidak menang tangan, walaupun harga2 barang kat pgkor ni bole dikategorikn sbg mahal(itu org lumut sndri yg bgtau). Ade yg bli bilis,ikan kering@gereh,mknn laut, ade jugak yg bli brg cenderamata utk dihadiahkn kepada org tersyg contohnya t-shirt,topi,keychain yg berbagai bentuk n corak(corak bulan n bintang pun ade). Yang penting kt sini, keseronokn dan kepuasan peserta.   

Setelah lebih kurg 2jam bershopping dan solat zohor+asar(jamak)...kami kembali semula ke tanah besar. Kali ni kami mendapat feri yg agk baru dan selesa. rmi pserta memilih tingkat ats utk mrasai angin laut krana jika brada ditingkat ats, kita bole keluar ke bhgn luar feri. Sampai je di jeti lumut, kami terus bergegas mencari bas kami. sambil tu petugas mkn tghri singgah di medan selera utk mngmbil juadah yg telah ditempah. jam menunjukkn jam 3.00 petang. laparnya....

Selepas semua peserta cukup, bas kami bergerak ke destinasi terakhir iaitu Pantai Teluk Batik. Ingatkn nk pergi terus ke sane, rupenya masih nk singgah shopping lg kt lumut ni...lm jugak la brhenti. tggu punye tggu...pukul 4.00 br gerak ke teluk batik. Perjalanan memakan masa lbh kurg 30minit. sesampainye di teluk batik, kelihatam rmi pengunjung berkunjung ke pantai ini, so, port baek harus di cari utk pesrta. Alhamdulillah dpt jugak satu pondok yg agk bsr utk mnampung psrta n barang2 mereka. selepas meletakkn brg, psrta ade sbhginnye mkn tghri dahulu(wpun dh petang) ade juga yg trus bersiap utk membuat aktiviti pntai.



Peserta hanya diberi masa 1jam 30minit melakukan aktiviti pantai dan bersiap utk balik. Di pantai mereka bersuka ria dan berseronok sesama rakan smbil di awasi oleh guru. ada sbhgian mereka menaiki banana bot n bot biase. Ini merupakan pngalaman hidup yg baru bg pesrta lawatan ini. Pada jam 6.45ptg, ahli lawatan bergerak pulang, dan skali sggh di masjid al-hidayah Manjung utk solat maghrib+isyak. Selpas solat, perjalanan diteruskn, oleh kerana kepenatan, keseluruhan ahli lawatan telah tidur sehingga tidak perasan yg pmndu bas telah berhenti utk berehat di R&R Ulu bernam pada pukul 10.30-11.15. Hanya tidak smpai 10org peserta lwtn yg trn drpd bas utk mkn mlm....yg lain hanya "mlyn mata".

Dipendekkan cerita, kami terus bertolak pulang menuju ke sekolah. Sampai di Shah Alam, kami terserempak dengan beberapa buah kenderaan yg mmbawa bendera yg dtgnye dr arah stadium shah alam. ooo...br teringat yg mlm tu ade la mlm final pala malaysia antara ATM - Kelantan. Xkesah la, yg pntg x jem. Bas pertama kami telah smpai ke sekolah pada jam 12.45pagi...bas kedua pula 20mnt kemudian.

Kebanyakan peserta trn drpd bas dlm keadaan mamai. Alhamdulillahi Robbil `Alamin....semua nye selamat dan berjalan lancar, tiade ape2 masalah yg mghalang program kami ini. Terima kasih diucapkn kepada semua guru dan pelajar yg terlibat dlm program lawatan ini.